Rajah di atas menunjukkan lokasi komponen ABS.
Dengan pemasangan siap (factory fitted) pada sesebuah kenderaan dapat membantu pemandu untuk mengawal serta mengemudi kenderaan sekiranya membrek pada kelajuan yang agak tinggi sehingga berlakunya beberapa kali cengkam lepas dalam 1 saat.Komponen
1.Wheel Speed Sensor
2.Reluctor (dipasang pada aci pemacu, driveshaft)
3.Hydraulic pump
4.ABS/ Hydraulic Control Unit (kebiaasannya built-in bersama hydraulic pump).
Bagaimana ABS berfungsi?
Hydraulic Control Unit, HCU, sentiasa berkomunikasi bersama-sama Speed Sensor pada setiap roda ataupun gandar pada setiap masa. Ini diselaraskan pada setiap brake caliper, melalui data kelajuan yang dihantar oleh sensor ke HCU. Bagi memastikan keselamatan & sistem ini sentiasa efektif, HCU akan mengaktifkan injap sama ada tutup/buka melalui saluran hos bendalir brek. HCU akan memproses data bagi setiap pergerakan roda ke Engine Control Unit, ECU, & Transmission Control Unit, TCU (bagi kenderaan transmisi automatik).
Oleh itu, penyelarasan dilakukan pada setiap roda dalam kata lain, caliper bertindak 'cengkam lepas' berulang kali sehingga kenderaan berhenti dalam masa yang singkat tanpa berlakunya cengkaman brek yang berterusan, di mana boleh mengakibat roda daripada terkunci serta berlakunya pemberhentian roda seterusnya berlaku lock up berterusan. Sekiranya berlaku lock up, kenderaan akan mengelongsor lebih laju dan sekaligus mengakibatkan kehausan melampau pada permukaan tayar sehingga kenderaan berhenti.
Proses cengkam lepas ini berlaku amat pantas tanpa disedari pemandu bagi keadaan membrek pada pemanduan biasa. Bagi penggunaan brek ketika kecemasan, HCU akan mengendalikan tekanan bendalir secara independent ke setiap caliper, bagi tujuan memberhentikan kenderaan kurang dari jarak biasa kenderaan tanpa ABS. Penyelerasan ini sekaligus, mempercepatkan tekanan bendalir dan memperlahankan kenderaan. Dalam situasi kecemasan, pemandu hanya akan dapat merasai pedal brek seolah-olah berdenyut kerana injap dibuka/ ditutup cepat.
Ketika selekoh pula, kenderaan dapat dikawal apabila kenderaan dipandu walaupun tanpa menekan brek melalui penyelarasan ke atas kelajuan sesebuah roda. Bayangkan sekiranya kenderaan anda dipandu melalui selekoh pada kelajuan 110km/j? Bermakna, keempat-empat roda anda mempunyai kelajuan yang mungkin sama atau kurang. Di sini, ABS membantu dalam memastikan setiap kelajuan roda mamppu dikawal ketika di selekoh bagi mengelakkan kenderaan dari terbabas.
Namun, teknologi ABS pada hari ini sentiasa dipertingkatkan dengan tambahan Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Stability Control (SC), Traction Control (TC), Anti Slip Regulation (ASR), Electronic Stability Programme(ESP) serta pelbagai lagi.
Jenis-jenis ABS
Anti-lock Braking System mempunyai skim yang berbeza bergantung pada jenis brek yang digunakan. Ini dirujuk kepada jumlah saluran iaitu, berapa banyak injap yang dikendalikan secara individu dan jumlah speed sensor.
4 sensor, 4 channel ABS
Ini adalah antara skim yang terbaik di dalam ABS. Satu speed sensor di keempat-empat roda dan injap yang berasingan untuk keempat-empat roda. Dengan tetapan ini, sensor setiap roda secara individu akan memastikan cengkaman yang maksimum.
3 sensor, 3 channel ABS
Skim ini biasanya ditemui pada lori dengan empat roda ABS, memiliki speed sensor dan injap untuk setiap roda depan, dengan satu injap dan satu sensor untuk kedua-dua roda belakang. Speed sensor roda belakang terletak di kerbeda belakang (rear axle).
Sistem ini memberikan kawalan individu roda depan, sehingga kedua-duanya dapat mencapai cengkaman maksimum. Walau bagaimanapun, roda belakang hanya dipantau oleh 1 speed sensor yang harus mulai mengunci sebelum HCU akan mengaktifkan di saluran bahagian belakang. Dengan sistem ini, mungkin salah satu roda belakang akan mengunci apabila berhenti, mengurangkan keberkesanan brek.
1 sensor, 1 channel ABS
Sistem ini sering ditemui pada lori dengan ABS roda belakang. Ia mempunyai 1 injap, yang mengawal kedua-dua roda belakang, dan 1 speed sensor, yang terletak di axle belakang.
Sistem ini bekerja sama dengan bahagian belakang dari sistem 3-channel. Roda belakang bersama-sama dipantau dan kedua-duanya harus mulai mengunci sebelum ABS beroperasi.
Dalam sistem ini juga kemungkinan bahawa salah satu roda belakang akan mengunci, lalu mengurangkan keberkesanan brek.
Sistem ini mudah untuk dikenal pasti kerana pada kebiasanya akan ada satu hos brek akan melalui T-Joint untuk kedua-dua roda belakang. Anda dapat mencari speed sensor dengan mencari sambungan elektrik di rear axle housing.
No comments:
Post a Comment