Sunday, October 10, 2010

Enjin turbo pada Proton Exora 'facelift'?

Pengarah Urusan Proton,Datuk Syed Zainal Abidin berkata Proton akan menghasilkan enjin bercaj turbo awal tahun 2011, bersama pengenalan facelift kepada model Proton MPV, Exora yang akan menjadi model permulaan bagi pengenalan enjin turbo yang dibangunkan bersama-sama Lotus.

Enjin bercaj turbo ini selari dengan trend pasaran pada ketika ini yang memiliki enjin berkapasiti rendah tapi menghasilkan tenaga kuda setara dengan enjin berkapasiti yang lebih besar yang pada kebiasaannya dengan kuasa tork yang lebih dan kecekapan bahan api. Enjin ini akan memiliki kuasa setara dengan enjin 2.0 liter. Kita boleh melihat enjin 1.6 liter turbo atau Campro CPS turbo mampu menghasilkan sekitar 150hp dan mungkin mencapai tork 240Nm.




Proton juga telah membelanjakan RM5 bilion selama 5 tahun berikutnya untuk usaha R&D, iaitu sekitar RM1 bilion untuk 1 tahun. Selain itu, (seperti dalam laporan ini) termasuk membangunkan sebuah kereta yang berkompetitif kecil, yang memperolehi enjin diesel berlesen dari OEM antarabangsa (Fiat atau Peugeot) kerana populariti mereka di pasaran seperti India, teknologi hibrid dan elektrik, mungkin bersama model dengan Lotus (pengganti Lotus Carlton), dan penurunan pengeluaran model Proton.


 'Intercooler' di bahagian bumper.

No comments: