Sunday, October 10, 2010
Di sebalik....Proton Satria Neo R3 Lotus Racing edition
Satria Neo R3 Edisi Lotus Racing direka untuk menunjukkan keinginan ciri sebenar dan prestasi. Satu pencapaian yang amat dibanggakan terutama penglibatan Proton dan Lotus Racing. Ianya dibina bagi menonjolkan keunggulan dan prestasi melalui penggunaan teknologi terkini dengan kualiti kelas dunia.
Gaya
Inspirasi litar, terbukti dalam perlumbaan
Satria Neo R3 Edisi Lotus Racing dilengkapi dengan garisan kuning klasik Lotus dan Lotus Racing Green.
Pelarasan untuk prestasi yang mengagumkan
Satria Neo R3 Edisi Lotus Racing memberikan kuasa yang diluar jangkaan. Dengan suspensi yang lebih cekap dan seimbang telah ditetapkan khusus untuk menawarkan kestabilan untuk dipandu di setiap sudut selekoh.
Ringan, Garang, Pantas
Hud depan R3 lightweight carbon fibre dan fender depan Fibre Reinforced Plastic (FRP) memberikan peningkatan terhadap aerodinamik; diintensifkan dengan rim R3 lightweight ditempa mengurangkan berat keseluruhan untuk meningkatkan prestasi dan pengendalian yang meyakinan semasa memandu.
Ruang dalaman ala kereta lumba
Satria Neo R3 Edisi Lotus Racing menampilkan papan pemuka yang futuristik disesuaikan bersama trim pintu. Dengan kemasan Carbon Fibre, tempat duduk disalut kulit Nappa yang sporty beserta lambang Lotus dan stereng multi-fungsi.
Kit brek AP Racing 4 pot memberikan prestasi brek yang luar biasa dan kawalan apabila anda berada di jalan terbuka atau jalan berselekoh. Dengan sistem brek ABS & EBD sebagai sokongan bagi menjamin keselamatan bagi setiap pemanduan.
Ohlins Coil-Overs dampers dan Ohlins DFV (Dual Flow Valve) dihasilkan dengan teknologi yang luar biasa dengan ciri tambahan dan penyesuaian hentakan. OHLINS menghasilkan suspensi boleh laras sepenuhnya hanya untuk 25 unit edisi terhad ini sahaja!
Di sebalik kemunculannya...
Mungkin ramai yang di antara kita kurang memahami kenapa Proton mengeluarkan edisi ini.
Dengan harga RM 115,000 ramai di kalangan kita mampu memiliki jenama yang lebih baik.
Namun begitu...
25 unit yang dikeluarkan sudah habis ditempah & Proton dalam proses menghantar tempahan edisi terhad ini kepada pemiliknya yang akan memandu uji sebelum menerima edisi tersebut. Unik!!!
Bukan itu sahaja...
Yang kita perlu ketahui ialah, Proton Satria Neo R3 Edisi Lotus Racing ini dilaraskan bersama Ceramic Coated Exhaust, Street Racing Cam Shafts, Alloy Adjustable Camshaft Pulley, Lightweight Underdrive Pulley, Close Ratio Gear Box, Programmable ECU, Carbon Fibre front hood & Air intake...
Kalau dikira apa yang telah dilakukan terhadap edisi terhad ini, harga bukanlah persoalan...tapi keyakinan kejuruteraan hasil dari litar lumba yang diserapkan ke atas generasi terakhir Satria Neo ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment