PROTON Holdings Bhd. telah melancarkan identiti baru bagi "R3 Performances Accessories" untuk model keluarannya. Pengenalan identiti baru ini bagi meningkatkan kepercayaan pemilik PROTON yang gemar untuk modifikasi serta prestasi tanpa melibatkan kehilangan waranti model keluarannya melalui penambahan aksesori pihak ketiga.
Model terbaru yang diketengahkan oleh "Motorsport Division Proton R3 (Race Rally Research) ialah Proton Satria Neo dan Gen 2 yang merupakan model paling laris PROTON bagi kategori kereta sport tempatan.
Justeru, pihak PROTON mengharapkan lebih banyak produk yang akan dihasilkan melalui identiti baru R3 ini bagi membolehkan pengguna membuat spesifikasi yang betul serta berkualiti pada nilai yang berpatutan.
Diperkenalkan pada tahun 2005, Proton R3 Motorsport Division merupakan antara pembuat aksesori serta peningkatan prestasi yang diiktiraf oleh PROTON yang kini semakin popular di kalangan pemilik PROTON.
Identiti awal R3
Proton Satria R3
Proton Gen 2 R3
Proton Satria Neo R3
Proton Satria Neo R3 Clubsport
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition
Proton Satria Neo R3 Concept Turbo
No comments:
Post a Comment