Sunday, October 10, 2010

Uji Pandu Proton Saga BLM & Proton Persona

Kedua-dua model ini menggunakan enjin CAMPRO IAFM yang sama tetapi berbeza dalam kapasiti enjin dan julat harga tidak terlalu jauh yang mampu dimiliki golongan permulaan mahupun pertengahan.

Proton Saga BLM

Model Proton Saga BLM dipacu oleh pemasangan enjin CAMPRO 1.3L manakala model Persona dilengkapi CAMPRO 1.6L.

Perbandingan di antara Proton Saga BLM & Perodua Myvi kerana keduanya adalah pesaing rapat pembuat jenama automotif gergasi di Malaysia yang sangat hampir dari segi kapasitii enjin 1.3L. Perbezaan antara transmisi automatik (A/T) Myvi adalah yang begitu lancar manakala BLM sedikit kasar, tetapi kekuatan tork enjin pada BLM memberi lebih prestasi berbanding Myvi untuk pemanduan jauh.

Berbeza dengan transmisi manual (M/T) Proton Saga BLM, lebih selesa berbanding transmisi automatik.
Ternyata, prestasi yang terbukti oleh Proton dalam model BLM mampu membawa model ini bergerak 0-100km/j dalam masa 13.0s bagi transmisi manual manakala 14.5s bagi transmisi automatik.

Dibantu dengan sistem suspensi hadapan MacPherson & 'torsion beam axle'/ trailing arm bagi suspensi belakang menjamin keselesaan dalam pemanduan yang lebih dinamik serta tahan lasak.

Proton Saga BLM didatangkan dalam 3 variasi iaitu 'B-Line', 'M-Line' & juga Saga 1.3 (S) SE*

*spesifikasi serta aksesori mungkin berlainan bagi setiap variasi.

Proton Persona

Dilengkapi enjin CAMPRO 1.6L IAFM ternyata rekaan dalaman kabin papan pemuka berbeza dengan BLM. Memiliki ukuran lebar yang lebih jika dibandingkan dengan Proton Saga BLM, tetapi ruang kabin BLM lebih baik dalam hal ruangan untuk kaki (legroom), ruangan kepala (headroom) dan lebih selesa.

Ini berikutan kerusi BLM lebih tinggi dan nyaman yang membolehkan lebih banyak ruang untuk kaki dan paras kepala dengan bumbung lebih tinggi sementara Persona lebih rendah.

Direka bagi pemanduan praktikal & selesa dengan suspensi pengendalian oleh LOTUS, ternyata memberi lebih ciri-ciri keselamatan berbanding Saga BLM.

Dilengkapi Sistem Brek Anti Kekunci (ABS)* bersama Daya Brek Elektronik (EBD)*, Proton Persona amat membantu di dalam pemanduan di permukaan licin serta menstabilkan pemanduan ketika membrek.

*spesifikasi serta aksesori mungkin berlainan bagi setiap variasi.

No comments: