Persoalan ini saling berkait rapat dengan model keluaran terdahulu Proton mahupun pasaran lebih kepada kenderaan dari luar negara kurang tepat.
Ini kerana harga jualbalik sesebuah kenderaan bergantung kepada harga kereta baru. Apa yang selalu kita kaitkan ialah; kereta tiada kualiti, persaingan harga antara jenama lain, serta 0 downpayment promotions.
Kuncinya, tindakan sesetengah pihak yang menyalahgunakan kaedah 0 downpayment inilah yang menyebabkan kenapa nilai susut Proton makin menjunam. Ya, pada asasnya bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki kenderaan yang setara dengan pendapatan setiap bulan.
Proton contohnya, yang memiliki pelbagai variant bagi tiap-tiap model antaranya B-Line, M-Line, H-Line serta pelbagai lagi. Di sini, sekiranya seseorang individu mampu memiliki model B-Line dengan kadar bayaran bulanan yang rendah, tetapi kurang mampu dari segi downpayment, maka jurujual dengan tanpa rasa prihatin mengesyorkan pakej full loan, yang mana pemilik / individu tidak perlu mengeluarkan sebarang wang pendahuluan.Inilah yang berlaku, lambakan Proton yang ditarik balik oleh pihak bank peminjam. Apabila berlakunya kesukaran membayar bulanan yang tinggi, maka tunggakan tersebut memaksa pihak bank menarik balik pemilikan tersebut dan dilelong. Inilah salah satu hubungkait kenapa nilai jual balik Proton makin hari makin merudum.
Faktor lain yang lebih ketara apabila terdapat sesetengah pengusaha kereta terpakai, menempah lebih awal model baru Proton sebelum pelancarannya. Contohnya, Proton Saga BLM di awal pelancarannya terdapat di kedai kereta terpakai siap dengan nombor pendaftaran baru (mengikut negeri). Sebelum pengguna ataupun pelanggan lain sempat menerima tempahan mereka, kumpulan sasaran ini terlebih dahulu berpakat dengan pengedar sah Proton untuk memiliki model tersebut yang pada hakikatnya memang tidak salah. Tetapi, faktor ini menguatkan lagi imej buruk orang ramai terhadap Proton dengan mudah membuat kesimpulan "belum ramai orang pakai lagi, dah ada di kedai used car". Impak dari aktiviti ini mendorong orang ramai lebih gemar memiliki kenderaan terpakai daripada memiliki kereta baru walaupun mereka mengetahui akan faedah pinjaman bank yang lebih tinggi.
Proton, dalam pada itu memperkenalkan exchange programme bagi mengajak pelanggan memiliki Proton dengan nilai trade in tetap tanpa mengira jenama kenderaan yang melebihi 15 tahun. Hasilnya, jualan Proton kian meningkat sehingga memaksa pengusaha kedai kereta terpakai meminimumkan harga keseluruhan stok mereka yang sekaligus menindas nilai jual balik Proton ke tahap yang mudah diperolehi bagi yang kurang mampu.
No comments:
Post a Comment