Kereta yang pada dasarnya rebadged dari model Mitsubishi Lancer GT ini cengan kerjasama Mitsubishi Motors Corporations (MMC), akan dilancarkan kepada umum pada November 2010.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kenderaan yang sudah sedia untuk tempahan, akan dijual pada harga yang cukup menarik iaitu dari RM79, 888 ke RM95, 000.
"Cara terbaik untuk melancarkan kereta di segmen ini adalah melalui kerjasama bijak," kata Syed Zainal di soft launch Inspira semalam.
Mitsubishi Lancer GT bermula dari RM120, 980. Kenderaan dalam segmen-C termasuk seperti Honda Civic atau Toyota Altis sedangkan segmen-D terdiri daripada model seperti Honda Accord dan Toyota Camry.
Syed Zainal berkata Inspira akan menggantikan Proton Waja yang kini dalam fasa terakhir.
Ramai yang mengganggap Proton kekurangan idea dalam membangunkan model-model baru tetapi hakikatnya dalam pembangunan setiap model baru, Proton membelanjakan lebih kurang 6 ke 7 ratus juta untuk setiap model. Dengan pendekatan kaedah rebadge ini, Proton hanya memerlukan separuh kos dari angka tersebut.
Model Inspira ini juga bukanlah model dummy seperti yang dikhabarkan, tetapi ianya dibangunkan dengan hasil usahasama syarikat-syarikat OEM global. Namun, Proton tetap meletakkan tenaga mahir mereka bersama MMC bagi memastikan kualiti dan rekaan Proton Inspira ini setaraf dengan jenama lain.
No comments:
Post a Comment